Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa usul menjunjung
kasih kepada Titah Yang Dipertuan Agong pada 14-03-2019
Saya bangun untuk menyertai
perdebatan usul menjunjung kasih kepada Titah Yang Dipertuan Agong.
Tuan Speaker
Saya ingin mengucapkan
tahniah kepada Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan kerana bertungkus-lumus
melaksanakan agenda reform di pelbagai sektor termasuk kerangka baru Dasar Luar
Malaysia, disiplin kewangan baru melalui tender terbuka, pembaharuan undang-undang
buruh untuk memenuhi standard antarabangsa, initiatif baru dari segi pendidikan,
pengangkutan dan banyak lagi initiatif yang telah dirancang dan sedang
diusahakan.
Saya ingin memberikan
beberapa input dan maklumbalas kepada pentadbiran dengan niat supaya
pentadbiran Pakatan Harapan lebih kukuh berdasarkan input-input dari industrial
players.
Di Pulau Pinang dan
kawasan saya wakili Bukit Bendera, 2 industri terutama ialah industri
pelancongan dan industri pembuatan (manufacturing) yang menawarkan puluhan ribuan
pekerjaan. Saya seringkali berdebat dalam kedua-dua isu ini kerana ia isu bread
and butter untuk rakyat di Bukit Bendera khasnya dan Pulau Pinang pada amnya.
Saya mendapat maklumbalas
dari Malaysian Association of Hotels (MAH) cawangan Pulau Pinang bahawa
occupancy rate hotel-hotel telah jatuh kerana terdapat persaingan Airbnb.
Occupancy rate pada tahun 2017 dicatatkan 63.3 peratus telah turun ke 60.4
peratus pada tahun 2018. Walaupun angka tourists dari airport arrival dan
cruises arrival telah meningkat pada tahun 2018. Begitu juga dengan rekod
pelancong yang melancong ke Bukit Bendera telah mencecah angka 1.7 juta pada
tahun 2018 iaitu rekod terbaik dalam sejarah dan angka ini ialah double the
number sejak Pakatan Harapan memerintah Pulau Pinang. Satu pencapaian yang
begitu memberangsangkan dalam industri pelancongan.
Tetapi, operator hotel
memberitahu bahawa occupancy rate jatuh pula. Perkara ini perlu dipandang
serius kerana industri pelancongan menawarkan ribuan pekerjaan di kawasan saya
di Batu Feringgi dan Tanjong Bungah.
Walaupun Menteri
Pelancongan telah meminta pada 15-2-2019 supaya pendaftaran Airbnb dilakukan terhadap
operator Airbnb dan tindakan boleh di bawah Tourism Industry Act 1992.
Saya berpandangan satu
usaha baru perlu digerakkan untuk mendaftarkan Airbnb.
Saya dimaklumkan bahawa
“There are no available forms for non-hotel properties”. Airbnb telah
mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 20-2-2019 dan dilaporkan dalam
suratkhabar bahawa borang pendaftaran hanya ada pada sektor hotel sahaja dan
tidak kepada non-hotel property seperti Airbnb.
Saya berharap Kementerian
Pelancongan boleh melipatgandakan usaha dalam perkara pendaftaran Airbnb untuk
melindungi hak pelancong, operator hotel serta komuniti penduduk berjiranan
dengan hartanah yang digunakan untuk Airbnb. Government has to respond to rapid
acceleration in globalization and technology. Industry telah gerak 300km/j, 400km/j
speed bullet train dan High Speed Train tetapi response government seperti menaiki
beca dengan slow motion.
Tuan Speaker,
Selain dari input dari
Persatuan Hotel Malaysia Penang chapter, saya juga mendapat input dari Persatuan
Agen Malaysia Rumah Keduaku (MM2HAA) (Malaysia My Second Home Agents
Association).
Kelulusan MM2H sebelum
ini diuruskan oleh Kementerian Pelancongan. Tetapi pada jawapan yang saya
terima semasa penggulungan perbahasan bajet 2019 di peringkat jawatankuasa
Dewan Rakyat pada 3-12-2018 bahawa Kementerian Dalam Negeri akan
mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peraku MM2H untuk memperakukan semua
permohonan kepada Menteri Dalam Negeri.
Saya dimaklumkan oleh
Persatuan Agen Malaysia Rumah Keduaku bahawa mesyuarat jawatankuasa khas MM2H
yang terakhir diadakan ialah pada 4 September 2018 dan terdapat lebih daripada
4000 kes permohonan baru yang telah diterima oleh Pusat MM2H dan masih
tertimbun dan belum lagi diputuskan. Apabila 4000 kes tertunggak, bermakna
peluang ekonomi tidak kurang daripada RM1.1 billion yang bakal dibawa masuk ke
Malaysia tidak diuruskan oleh pentadbiran.
Pemohon-pemohon MM2H
mengetahui bahawa SOP ialah 90 hari bekerja tetapi pemohon-pemohon telah
menunggu melebihi 9 bulan. Agen-agen MM2H tertekan kerana perubahan polisi ini.
Saya meminta satu
penjelasan dari kedua-dua Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya bekenaan perkara ini. Apakah polisi terkini dan prosedur
terkini berkenaan MM2H supaya para pemohon dan Persatuan Agen dapat mengetahui
perkembangan terbaru.
Tuan Speaker,
Saya turut mengalu-alukan
pengumuman Kerajaan Pakatan Harapan bahawa tol untuk motorsikal Jambatan Pulau
Pinang pertama dimansuhkan pada 1 Januari 2019. Sejak pelaksanaan tersebut,
maklumbalas orang ramai adalah baik dan langkah-langkah sedemikian yang
menurunkan kos sara hidup rakyat perlu dirancakkan dan dihebatkan. Syabas
kepada Kerajaan Pakatan Harapan. 22,000 penunggang motorsikal telah mendapat manfaat
daripada pengumuman ini dengan penjimatan RM1.40 sehari iaitu RM42 sebulan.
Begitu juga dengan Free
CAT bus yang dilancarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang pada
1-4-2018 dan setiap hari melebihi 6000 pengguna bas di kawasan saya mendapat
manfaat daripada pelaksanaan free bus tersebut dan jimat RM2.60 seorang sehari
atau RM78 sebulan untuk perjalanan pergi-balik ke pasar, klinik, sekolah,
tempat kerja dan sebagainya.
Saya mengalu-alukan juga
pengumuman Menteri Pengangkutan bahawa RM50 unlimited Travel Pass akan
dilancarkan juga di Pulau Pinang pertengahan 2019. Saya rasa program ini juga
akan membantu mengurangkan kos sara hidup yang boleh dirasai oleh
penduduk-penduduk. Tetapi, paling utama sekali ialah bahawa lebih banyak bas
untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan subsidi sebegini dari Kerajaan
Pakatan Harapan Persekutuan dan Negeri dialu-alukan.
Tuan Speaker,
Baru-baru ini, saya telah
melawat beberapa kilang perindustrian di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas dan
juga Kawasan Perindustrian Batu Kawan di Pulau Pinang. Antaranya ialah PDC SME
Center, Inari, Vitrox, Boston Scientific.
Saya melihat pelan perindustrian Industrial Revolution 4.0, automasi dan
robotik telah rancak dijalankan.
Saya ingin mengetahui apakah
perancangan, insentif, program, masterplan IR4.0 untuk kilang pembuatan,
industri semiconductor di Pulau Pinang dan seluruh negara.
Tuan Speaker,
Saya telah bangkitkan isu
Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP)
semasa persidangan Nov 2019.
Saya ingin mengetahui
apakah kedudukan terkini dan halatuju Kerajaan dalam CPTPP begitu juga dengan
RCEP (Regional Comprehensive Economic Partnership). Apakah Free Trades Agreement (FTA) yang MITI
sedang usahakan dan apakah status terkini.
Saya membaca Bangkok Post
dan dilaporkan bahawa negara Thailand telah juga menyatakan kesudian dan minat
menyertai CPTPP. Sebelum ini negara ASEAN lain Singapura dan Vietnam turut
menyertai CPTPP.
Begitu juga apakah status
EU-Malaysia FTA. Ini telah dimulakan dulu
tetapi tidak disambung. Saya faham terdapat
technical barrier isu kelapa sawit tetapi saya ingin merujuk kepada negara Indonesia
yang juga merupakan pengeksport minyat sawit ke European Union juga menandatangani
European Free Trade Agreement dengan EU. Bolehlah kita rujuk kepada model
Indonesia.
Tuan Speaker,
Di atas meja pagi ini, DR2/2019
dibentangkan iaitu laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkenaan
pengurusan projek pembangunan semula kemudahan sedia ada di kompleks sukan
negara Bukit Jalil di bawah Kaedah Public Private Partnership. Sebagai Ahli
dalam Jawatankuasa PAC, saya telah hadiri melebihi 20 mesyuarat PAC dalam 8
bulan ini.
PAC telah mengadakan
prosiding dan inquiry untuk pelbagai kes. Satu kelemahan yang umum ialah isu
perolehan Kerajaan.
Saya meminta Rang
Undang-Undang Perolehan Kerajaan (Government Procurement Act) dipercepatkan
untuk pembentangan di Parlimen. Pada masa ini, perolehan Kerajaan dikawalselia
di bawah Financial Procedures Act 1957 dan Government Contract Act. Terdapat
pelbagai circulars dan directives berkenaan perolehan. Tetapi terdapat kelemahan
ketidakpatuhan ataupun violation kerana tiada punitive action terhadap
ketidakpatuhan.
Kita perlu merujuk kepada
Undang-undang Perolehan di United Kingdom serta Procurement Integrity Act di USA
yang menggariskan penalti denda dan pemenjaraan sekiranya tidak patuh terhadap
Government Procurement Act.
Target National Anti-Corruption
Pelan untuk pembentangan Rang Undang Perolehan Kerajaan ialah tahun 2023. Saya
meminta perundangan ini dipercepatkan kerana ia akan mengawalselia bukan sahaja
projek kerajaan dan juga concession serta projek public-private partnership
yang sebelum ini di bawah Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS).
Tuan Speaker,
Setelah pemerintahan 10
bulan Pakatan Harapan, rakan kabinet bekerja keras untuk membawa perubahan
dengan initiatif-initiatif baru dan harus kita memberikan ruang kepada Pakatan Harapan
untuk memerintah dengan baik negara ini.
-----------------